·
MEMILIKI
zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan
berkeluarga.
·
Namun,
kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko
kepada ibu mengandung.
·
Seorang
pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr.
Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang
banyak untuk proses pembesarannya.
·
Kalsium
tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia
secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium
yang tinggi berbanding biasa.
·
Selain
itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih
diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
·
“Ini
secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang
lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
·
Tambah
Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan
ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
·
Ketidakseimbangan
hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan
kalsium ke dalam tulang.
·
“Estrogen
penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang
juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
·
Lebih
memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula
menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
·
Ini
kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian
itu.
|
MINUM
banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.
|
·
·
Setelah
banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia
akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit
berkaitan tulang.
·
Dalam
pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah
Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh
menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
·
Berpantang
·
“Kalsium
adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam
kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
·
“Apabila
kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang
wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
·
Ibu
hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti
keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah
kalsium dalam badan.
·
Sebagai
langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita,
Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi
menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
·
Sambil
merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail
menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh
mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
|
TULANG
rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.
|
·
·
“Amalan
berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang
baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
·
“Jarak
masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk
mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
·
Seseorang
ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan
masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.
·
Sambil
menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun,
Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.
·
“Terdapat
banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon
dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan
dalam rahim,” katanya
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2d3gg2OqS
JADI IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN SANGAT DI SYORKAN MENGAMBIL ESP DAN OSTEMATRIX UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN PROTEIN DAN KALSIUM ANDA.
JADI IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN SANGAT DI SYORKAN MENGAMBIL ESP DAN OSTEMATRIX UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN PROTEIN DAN KALSIUM ANDA.
·
Untuk info & order:
·
Shaklee Independent Distributor
·
sms/whatsapp: 016- 9800 440
No comments:
Post a Comment