Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang
mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik
dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat
dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati
namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia
mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk
mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua
nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan
sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa
dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi
susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap
diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya
ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu
kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya
SIDS.
4. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat
ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang
kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan
pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan
mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan
kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan
telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu
formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan
berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan
risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan
yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan
muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu
formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu
bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu
masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan
juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan
pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan
pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di
dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang
minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu
daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu
ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang
boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian
susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis
dan sebagainya.
Pengedar Shaklee Marang, Kuala Berang, Seluruh Neg.Terengganu
No comments:
Post a Comment